Wednesday, January 27, 2010

too little you

i officially missing you to death. if i can sail to you my darling!

Tuesday, December 29, 2009

be there with me, even when i lose my brave

I am thinking it's a sign
That the freckles in our eyes
Are mirror images and
When we kiss they're perfectly aligned

And I have to speculate
That God himself did make us into
Corresponding shapes like puzzles pieces
From the clay

True, it may seem like a stretch
But it's thoughts like this
That catch my troubled head
When you're away, when I am missing you to death

When you were out there on the road
For several weeks of shows
And when you scan the radio
I hope this song will guide you home

I've tried my best to leave
This all on your machine
But the persistent beat
Sounded thin upon listening

That frankly will not fly
You will hear the shrillest highs
And lowest lows with the windows down
When this is guiding you home

Thursday, November 26, 2009

entri pagi raya

Ha sekarang aku berada di rumah bone thug untuk berjumpa lemang kesayangan ku. Oh mak bonethug memang pandai masak. Sayang ilmu tak turun kat bonethug. Dia hanya tahu rap.

Aku bangun awal pagi ni. Semangat raya haji masih tebal, dan aku harap semangat ini berterusan. Macam biasa aku mulakan hari dengan crusoe dan sushi. Mcm biasa diorang tak pernah hampakan aku, biasanya mereka akan bangun lebih awal. Bagus rasanya bila tiap tiap pagi ada orang tunggu untuk greet kita.

Setelah siap kan mereka berdua, aku bersiap untuk ke rumah bonethug. Walaupun dia seorang yang ghetto, dia tak pernah menetap di bronx, brooklyn mahupun harlem. Dia menetap di shah alam, daerah yang damai.

Sampai sampai je, aku bersalaman dengan mak bonethug. Otai dapur. Dia memang pandai masak, tak pernah lah aku ada nak komen. Biasanya aku ni pengkomplen, bak kata lil kim. Alah tak pelik lah. Lil kim memang tak puas hati dengan aku. Maklumlah aku lebih banyak daging.

Lepas tu aku terus ke meja makan. Ada macam macam makanan. Berwarna warni. Semua yang aku suka. Dan lemang. Oh my love. Siap ada tersedia teh tarik. Oh teh tarik mak bonethug paling sedap kat dunia. Semuanya cukup rasa. Dan setiap kali aku minum teh tarik tu, aku akan terfikir kenapalah aku perlu ke mamak untuk minum teh tarik yang tak berperasaan.

Aku pun makan dan makan. Aku pilih untuk tidak pandang kiri dan kanan. Dan aku memang dah niat raya dari malam tadi, yang aku akan makan sebanyak yang mungkin. Dan sebenarnya aku memang rindu makanan raya walaupun ianya penuh kolestrol dan menggemukkan. Tapi dah niat kan? Tak baik lah kalau aku abaikan. Lepas tu baru aku perasan aku tak cari pun bonethug.

Bonethug di atas rupanya. Aku pun naik atas berjumpa dengan beliau dan adik beradik yang lainnya.

Sebentar lagi aku akan bertemu dengan lil kim dan team ghetto nya pulak di damansara.

Lil kim, tolonglah jangan pakai seluar yang aku tak suka tu. Kepada tushee yang mungkin dah sampai di johor, tolong kirim kan salam kepada si ifa yong tau fu. Yong tau fu nya aku rasa biasa biasa je, yang luar biasa nya ialah beliau. Kerana beliau memang cantik dipandang.

Bertuah mak beliau. Pagi petang ada je orang yang bertandang di kedai. Ada je yang nak dibeli. Dan kalau yang dah beli berbungkus bungkus tu, ada je pulak yang nak dibeli lagi. Ada yang tertinggal kuah, tertinggal sambal, nak tambah kangkung, nak tambah kuah bijan, ada je lah. Padahal yang tertinggal bukan sambal, bukan kuah bijan, tetapi hati masing masing.

Selamat hari raya ifa. Mungkin kau tak kenal aku. Tapi kau telah menjadi buah mulut, dan sensasi terkini di kampungku. I love you ifa.

entri lil kim : kahwin

tahun depan insyaAllah aku dah nak kahwin dengan cintaku yang hensem bollywood style.
theme wedding aku ialah "twilight dan apa2 yang ada kena mengena dengan vampire".
aku nak cakap terimakasih dekat
1. si abangC yang telah membazir 7tahun hidup aku
2. si abangS sebab membuang masa aku jugak, dekat 2 tahun.

kalau kita dibenarkan belasah orang, aku dah lama belasah korang.

ok tu je.
selamat hari raya haji!

p/s: harn yang gemuk tu dah janji nak menyanyi dangdut dekat wedding aku. aku terharu dan aku harap sangat pentas dapat menampung berat badan dia.

raya haji

Berbalik pada pertanyaan lil kim 20 minit lepas.
lil kim : Best tak ada blog?
So lil kim, nak tahu tak apa benda paling best?

I get to finish my words, no matter how ridiculous it might sound in the end. Everytime.

So, selamat hari raya haji buat semua yang ada. Banyak mana lemang yang akan korang makan pagi esok, aku tetap belum menjadi hajah. Nampak tak betapa ridiculous nya aku? Tapi korang boleh nganga je kan.

si tushee balik johor

Oh raya haji. Aku tak pulang tahun ini, tapi *jedi council baru menelefon dan bgtahu mereka akan turun pada pertengahan bulan disember. Jadi aku, *anakin skywalker, akan menunggu.
Bercakap tentang balik raya, tushee bgtahu yang dia akan pulang ke johor esok.
Jadi kepada tushee, sila memandu dengan munasabah.
Mcm mana laju kau bawak pun, aku tetap gemuk. Okey, merepek.

kenduri kahwin

Oh ada berita baik. Aku ada kenduri kahwin untuk dihadiri tahun hadapan. Akhirnya, aku berjaya mendapat satu jemputan pada tahun 2010. Ini sesuatu yang ajaib.
Aku dan kenduri kahwin ialah satu benda yang sangat tak serasi. Kami tak berapa sesuai bersama. Terms kahwin, kenduri dan tok kadi adalah sangat ganjil buat aku.
Seronokkah aku?

Bercakap tentang kenduri kahwin, aku ada bermacam macam perasaan pelik mengenainya. Belum pernah ada satu pun kenduri kahwin yang aku betul betul rasa seronok yang betul, bukan yang lebih pada rekaan, kecuali sewaktu abang aku kahwin 6 tahun yang lepas. Itu ialah keseronokkan yang pertama, yang betul, dan aku ingat lagi bahawa aku tak perlu bersusah payah untuk sentiasa senyum.

Kenduri kenduri kahwin yang sebelum dan selepasnya adalah lebih kepada force, penggunanan tenaga yang lebih, atau lebih tepat lagi, perasaan seronok itu tak ada. Dan aku perlu diprogram untuk senyum. Senyum yang sepanjang masa.

Maklumlah kenduri kahwin, kalau aku senyum yang pilih pilih waktu atau pilih pilih orang, mahu nya aku mintak nasik tambah tak dilayan. Dahlah mintak nasik tambah merupakan soalan favourite aku. Hampir setiap kedai makan aku akan tanya soalan ini. Dah jadi macam hobi.

Berbalik pada kenduri kahwin. Bukan lah aku rasa langsung tak seronok. Adalah keseronokkannya yang tersendiri. Cuma hampir setiap ketika aku akan berasa out of place, dan tak belong. Oh ini langsung tak ada kena mengena dengan pengantin dan ibu bapa mereka. Ataupun tuan punya dewan.
Ini perasaan aku sendiri.

Aku rasa kenduri kahwin ialah pusat pengumpulan ramai orang yang tak kita kenali. Masa tulah kita akan berjumpa sedara mara yang duduk kat langkawi, sedara yang anak dia baru dapat 8A dalam spm, sedara yang anak dia kaya sebab buat multi-level marketing, dan ada jugak sedara yang sambil sambil tu nak promote one drop perfume. Tak kisahlah apa pun yang mereka buat, biasanya mereka akan berjaya keluarkan soalan yang sama tiap tiap kali.
'Hai awak bila lagi.. Dah besar panjang dah'

Ha sekarang ni aku bgtahu bila. Bila diorang dah pindah dari langkawi, anak yang dapat 8A tu dah jadi doktor, anak yang buat multi-level marketing tu dah ada menara sendiri, dan one drop perfume dah tak jual lagi kat mana mana benua kat muka bumi ni.
Mentang mentanglah aku ni dah besar.
Orang gemuk kena kahwin awal ke?