Thursday, November 26, 2009

entri pagi raya

Ha sekarang aku berada di rumah bone thug untuk berjumpa lemang kesayangan ku. Oh mak bonethug memang pandai masak. Sayang ilmu tak turun kat bonethug. Dia hanya tahu rap.

Aku bangun awal pagi ni. Semangat raya haji masih tebal, dan aku harap semangat ini berterusan. Macam biasa aku mulakan hari dengan crusoe dan sushi. Mcm biasa diorang tak pernah hampakan aku, biasanya mereka akan bangun lebih awal. Bagus rasanya bila tiap tiap pagi ada orang tunggu untuk greet kita.

Setelah siap kan mereka berdua, aku bersiap untuk ke rumah bonethug. Walaupun dia seorang yang ghetto, dia tak pernah menetap di bronx, brooklyn mahupun harlem. Dia menetap di shah alam, daerah yang damai.

Sampai sampai je, aku bersalaman dengan mak bonethug. Otai dapur. Dia memang pandai masak, tak pernah lah aku ada nak komen. Biasanya aku ni pengkomplen, bak kata lil kim. Alah tak pelik lah. Lil kim memang tak puas hati dengan aku. Maklumlah aku lebih banyak daging.

Lepas tu aku terus ke meja makan. Ada macam macam makanan. Berwarna warni. Semua yang aku suka. Dan lemang. Oh my love. Siap ada tersedia teh tarik. Oh teh tarik mak bonethug paling sedap kat dunia. Semuanya cukup rasa. Dan setiap kali aku minum teh tarik tu, aku akan terfikir kenapalah aku perlu ke mamak untuk minum teh tarik yang tak berperasaan.

Aku pun makan dan makan. Aku pilih untuk tidak pandang kiri dan kanan. Dan aku memang dah niat raya dari malam tadi, yang aku akan makan sebanyak yang mungkin. Dan sebenarnya aku memang rindu makanan raya walaupun ianya penuh kolestrol dan menggemukkan. Tapi dah niat kan? Tak baik lah kalau aku abaikan. Lepas tu baru aku perasan aku tak cari pun bonethug.

Bonethug di atas rupanya. Aku pun naik atas berjumpa dengan beliau dan adik beradik yang lainnya.

Sebentar lagi aku akan bertemu dengan lil kim dan team ghetto nya pulak di damansara.

Lil kim, tolonglah jangan pakai seluar yang aku tak suka tu. Kepada tushee yang mungkin dah sampai di johor, tolong kirim kan salam kepada si ifa yong tau fu. Yong tau fu nya aku rasa biasa biasa je, yang luar biasa nya ialah beliau. Kerana beliau memang cantik dipandang.

Bertuah mak beliau. Pagi petang ada je orang yang bertandang di kedai. Ada je yang nak dibeli. Dan kalau yang dah beli berbungkus bungkus tu, ada je pulak yang nak dibeli lagi. Ada yang tertinggal kuah, tertinggal sambal, nak tambah kangkung, nak tambah kuah bijan, ada je lah. Padahal yang tertinggal bukan sambal, bukan kuah bijan, tetapi hati masing masing.

Selamat hari raya ifa. Mungkin kau tak kenal aku. Tapi kau telah menjadi buah mulut, dan sensasi terkini di kampungku. I love you ifa.

1 comment: