Thursday, November 26, 2009

entri pagi raya

Ha sekarang aku berada di rumah bone thug untuk berjumpa lemang kesayangan ku. Oh mak bonethug memang pandai masak. Sayang ilmu tak turun kat bonethug. Dia hanya tahu rap.

Aku bangun awal pagi ni. Semangat raya haji masih tebal, dan aku harap semangat ini berterusan. Macam biasa aku mulakan hari dengan crusoe dan sushi. Mcm biasa diorang tak pernah hampakan aku, biasanya mereka akan bangun lebih awal. Bagus rasanya bila tiap tiap pagi ada orang tunggu untuk greet kita.

Setelah siap kan mereka berdua, aku bersiap untuk ke rumah bonethug. Walaupun dia seorang yang ghetto, dia tak pernah menetap di bronx, brooklyn mahupun harlem. Dia menetap di shah alam, daerah yang damai.

Sampai sampai je, aku bersalaman dengan mak bonethug. Otai dapur. Dia memang pandai masak, tak pernah lah aku ada nak komen. Biasanya aku ni pengkomplen, bak kata lil kim. Alah tak pelik lah. Lil kim memang tak puas hati dengan aku. Maklumlah aku lebih banyak daging.

Lepas tu aku terus ke meja makan. Ada macam macam makanan. Berwarna warni. Semua yang aku suka. Dan lemang. Oh my love. Siap ada tersedia teh tarik. Oh teh tarik mak bonethug paling sedap kat dunia. Semuanya cukup rasa. Dan setiap kali aku minum teh tarik tu, aku akan terfikir kenapalah aku perlu ke mamak untuk minum teh tarik yang tak berperasaan.

Aku pun makan dan makan. Aku pilih untuk tidak pandang kiri dan kanan. Dan aku memang dah niat raya dari malam tadi, yang aku akan makan sebanyak yang mungkin. Dan sebenarnya aku memang rindu makanan raya walaupun ianya penuh kolestrol dan menggemukkan. Tapi dah niat kan? Tak baik lah kalau aku abaikan. Lepas tu baru aku perasan aku tak cari pun bonethug.

Bonethug di atas rupanya. Aku pun naik atas berjumpa dengan beliau dan adik beradik yang lainnya.

Sebentar lagi aku akan bertemu dengan lil kim dan team ghetto nya pulak di damansara.

Lil kim, tolonglah jangan pakai seluar yang aku tak suka tu. Kepada tushee yang mungkin dah sampai di johor, tolong kirim kan salam kepada si ifa yong tau fu. Yong tau fu nya aku rasa biasa biasa je, yang luar biasa nya ialah beliau. Kerana beliau memang cantik dipandang.

Bertuah mak beliau. Pagi petang ada je orang yang bertandang di kedai. Ada je yang nak dibeli. Dan kalau yang dah beli berbungkus bungkus tu, ada je pulak yang nak dibeli lagi. Ada yang tertinggal kuah, tertinggal sambal, nak tambah kangkung, nak tambah kuah bijan, ada je lah. Padahal yang tertinggal bukan sambal, bukan kuah bijan, tetapi hati masing masing.

Selamat hari raya ifa. Mungkin kau tak kenal aku. Tapi kau telah menjadi buah mulut, dan sensasi terkini di kampungku. I love you ifa.

entri lil kim : kahwin

tahun depan insyaAllah aku dah nak kahwin dengan cintaku yang hensem bollywood style.
theme wedding aku ialah "twilight dan apa2 yang ada kena mengena dengan vampire".
aku nak cakap terimakasih dekat
1. si abangC yang telah membazir 7tahun hidup aku
2. si abangS sebab membuang masa aku jugak, dekat 2 tahun.

kalau kita dibenarkan belasah orang, aku dah lama belasah korang.

ok tu je.
selamat hari raya haji!

p/s: harn yang gemuk tu dah janji nak menyanyi dangdut dekat wedding aku. aku terharu dan aku harap sangat pentas dapat menampung berat badan dia.

raya haji

Berbalik pada pertanyaan lil kim 20 minit lepas.
lil kim : Best tak ada blog?
So lil kim, nak tahu tak apa benda paling best?

I get to finish my words, no matter how ridiculous it might sound in the end. Everytime.

So, selamat hari raya haji buat semua yang ada. Banyak mana lemang yang akan korang makan pagi esok, aku tetap belum menjadi hajah. Nampak tak betapa ridiculous nya aku? Tapi korang boleh nganga je kan.

si tushee balik johor

Oh raya haji. Aku tak pulang tahun ini, tapi *jedi council baru menelefon dan bgtahu mereka akan turun pada pertengahan bulan disember. Jadi aku, *anakin skywalker, akan menunggu.
Bercakap tentang balik raya, tushee bgtahu yang dia akan pulang ke johor esok.
Jadi kepada tushee, sila memandu dengan munasabah.
Mcm mana laju kau bawak pun, aku tetap gemuk. Okey, merepek.

kenduri kahwin

Oh ada berita baik. Aku ada kenduri kahwin untuk dihadiri tahun hadapan. Akhirnya, aku berjaya mendapat satu jemputan pada tahun 2010. Ini sesuatu yang ajaib.
Aku dan kenduri kahwin ialah satu benda yang sangat tak serasi. Kami tak berapa sesuai bersama. Terms kahwin, kenduri dan tok kadi adalah sangat ganjil buat aku.
Seronokkah aku?

Bercakap tentang kenduri kahwin, aku ada bermacam macam perasaan pelik mengenainya. Belum pernah ada satu pun kenduri kahwin yang aku betul betul rasa seronok yang betul, bukan yang lebih pada rekaan, kecuali sewaktu abang aku kahwin 6 tahun yang lepas. Itu ialah keseronokkan yang pertama, yang betul, dan aku ingat lagi bahawa aku tak perlu bersusah payah untuk sentiasa senyum.

Kenduri kenduri kahwin yang sebelum dan selepasnya adalah lebih kepada force, penggunanan tenaga yang lebih, atau lebih tepat lagi, perasaan seronok itu tak ada. Dan aku perlu diprogram untuk senyum. Senyum yang sepanjang masa.

Maklumlah kenduri kahwin, kalau aku senyum yang pilih pilih waktu atau pilih pilih orang, mahu nya aku mintak nasik tambah tak dilayan. Dahlah mintak nasik tambah merupakan soalan favourite aku. Hampir setiap kedai makan aku akan tanya soalan ini. Dah jadi macam hobi.

Berbalik pada kenduri kahwin. Bukan lah aku rasa langsung tak seronok. Adalah keseronokkannya yang tersendiri. Cuma hampir setiap ketika aku akan berasa out of place, dan tak belong. Oh ini langsung tak ada kena mengena dengan pengantin dan ibu bapa mereka. Ataupun tuan punya dewan.
Ini perasaan aku sendiri.

Aku rasa kenduri kahwin ialah pusat pengumpulan ramai orang yang tak kita kenali. Masa tulah kita akan berjumpa sedara mara yang duduk kat langkawi, sedara yang anak dia baru dapat 8A dalam spm, sedara yang anak dia kaya sebab buat multi-level marketing, dan ada jugak sedara yang sambil sambil tu nak promote one drop perfume. Tak kisahlah apa pun yang mereka buat, biasanya mereka akan berjaya keluarkan soalan yang sama tiap tiap kali.
'Hai awak bila lagi.. Dah besar panjang dah'

Ha sekarang ni aku bgtahu bila. Bila diorang dah pindah dari langkawi, anak yang dapat 8A tu dah jadi doktor, anak yang buat multi-level marketing tu dah ada menara sendiri, dan one drop perfume dah tak jual lagi kat mana mana benua kat muka bumi ni.
Mentang mentanglah aku ni dah besar.
Orang gemuk kena kahwin awal ke?

Sunday, November 22, 2009

entri tushee : ifzan

selamat datang ke blog bukan ratu cantik. apa nama pena u? shah rukh khan or abhishek bachchan (aku pun tak tau sapa, baru je google tadi).

entri tushee : pemakanan

tetiba rasa nak makan. nutella nampak sedap sekarang ni. ahoy harn, bone thug and lil kim, aku tengah makan ni ok.

edward cullen dan bella swan

Oh aku betul betul terlupa nak cerita tentang lil kim yang sangat obses dengan dirinya sendiri. Ada musim musim nya dia akan sangat merasakan bahawa dialah bella swan yang sebenar, dan edward itu, adalah teman lelaki nya.
Dia sangat gilakan twilight, dialah die hard fan twilight. Dia tengok twilight lebih lagi dia tengok muka aku dalam seminggu. Kadang kadang masa bercakap dengan aku pun dia boleh bayang kan dia dalam scene twilight.
Dan aku adalah lori ayah bella.

megan fox

Tentu korang dah sedia tahu apa aku nak cakap dalam entri kali ni.
Aku rasa, siapa siapa yang percaya rumour yang mengatakan beliau mungkin seorang lelaki, ialah:
1) golongan orang orang yang dipenuhi sifat cemburu ziana zain dalam sembilu 1.Korang tengok tak sembilu 1? Ha part yang paling aku suka ialah masa erra fazira menjerit kat atas gunung, kau curangggg. Seksi, dan siap ada efek echo. Aku tak boleh lupa rambut berombak awie. Penuh dengan volume. Dan kening ziana zain, lagi tinggi dari diri dia sendiri. Kalau korang belum tengok, sila lah download. Alami sendiri perasaan aku.
2) golongan lil kim dan bone thug. Mereka memang benci dengan megan fox. Diorang tak tahu yang megan fox pun belum tentu berkenan dekat diorang.

Saturday, November 21, 2009

entri tushee : harn, si pembuat latte yang hot

tak sabar nak menikmati hot latte yand dibuat oleh harn esok :)



oh beautiful stranger

my perut is my darling.

perut aku ada nama.
nama dia bermuda triangle.

Friday, November 20, 2009

Malam kejadian

Buat tushee si orang lama, bukannye aku taknak komen kat contributors, tapi aku tersangat sibuk minggu ini dgn paper work project aku.Oh dan sudah siap.
oh bercakap tentang paperwork, aku nak cerita satu benda yang boleh tahan misteri nya.
Pada malam kejadian semasa aku sedang sibuk itu, *bonethug pulang tanpa membeli rokok. So dia cakap kat aku, nanti aku kena keluar gi beli.
Jadi semasa aku sedang membuat kerja, rokok pun habis. Aku pun lama kelamaan berasa sangat tak selesa.
Waktu menunjukan pukul 3.14 pagi. Aku betul betul rasa nak hisap rokok. Jadi aku pun bangun untuk menukar pakaian yang elok sikit (pakaian aku masa tu betul betul takda fashion sense). Semasa aku bangun, tiba tiba, aku terdengar bunyi dari luar.
Eh apa pulak tu? (tanyaku didalam hati)
Bunyi macam suara perempuan tengah merengek rengek (bukan cara merengek yang seksi) tapi merengek yang membuatkan aku rasa betul betul tak best. Tapi aku diam je. Dalam situasi yang mcm tu, biasanya aku pandai untuk buat buat tak tahu.
Tapi, aku dengar lagi. Lagi sekali. Lepas tu, lagi dua kali. Suara perempuan tu seperti dia sedang berulang alik di koridor apartment aku. Anjing pulak menyalak masa tu. Aku buat tak hirau.
Tapi sebenarnya aku betul betul takut. Sebab yang menyala hanya lampu laptop, dan lampu tidur yang diberi oleh lil kim. Bonethug pulak tidur sakan. Jarak bonethug dengan aku masa tu agak jauh. Kalau dekat, mungkin dah lama aku panjat dia. Biarlah walaupun akan di plengkik.
Aku berjaya kakukan diri sehinga pukul 5.30. Aku sedar sedar suara tuh dah takda, keadaan dah kembali nyaman tapi kerja aku masih tak bergerak gerak dari tempat yang aku tinggalkan tadi.
Tak boleh jadi ni, kata aku.
Aku kena jugak keluar mencarik rokok. Jadi aku terus tukar baju, capai kunci kereta, dan buat keputusan untuk ke kk mart. Sebenarnya ada tempat yang lebih dekat, tapi memandangkan disana ada *joy (satu satunya kawan bangladesh aku) aku pun terus drive kesana.
Mcm biasa, joy selalu happy bila nampak aku. Soalan favourite pertama dia ialah,
Ey, sudah makan ka?
Jawapan favourite aku yang berakhir dengan satu lagi pertanyaan,
You sudah ka?
Kemudian kami berdua akan sama sama tersenyum, dan tamat perbualan. Setiap kali kami bertembung, ini sahajalah perbualan kami. Note, bukan senyum in love. Senyum sbb sama sama rasa bodoh.
Aku pun beli rokok, dan drive balik. Tapi sepanjang perjalanan pergi dan balik, aku sebenarnya rasa sangat tak sedap. Aku pandang front mirror hampir sepanjang perjalanan. Takut ada penumpang bersut putih.
Alhamdulillah, perjalanan aku berakhir dengan cara yang baik. Tiada yang misteri.
Sambil aku sambung buat kerja, aku masih lagi terfikir.
Siapa perempuan tu? Apa sebenarnya yang dah jadi kat dia? Adakah dia peringatan kepada aku bahawa dateline aku ialah esoknya?

Monday, November 16, 2009

entri tushee : harn, lupa diri?

harn ni baru je belajar nak bukak blog. tapi tak pernah nampak dia comment kat contributors dia. either dia dah lupa diri dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari lil kim dan tushee ataupun dia dah lupa macam mana nak sign in to bukan ratu cantik.

lil kim, what do you think?

Sunday, November 15, 2009

entri lil kim : selamat malam

kehadapan harn dan lemak-lemaknya,
aku nak tido. kau mesti belum tido kan? mesti kau tengah main dengan kucing-kucing manja kau tu. si sushi dan si baby.
aku tak puas hati sebab kucing kau si baby tu, patutnya nama dia besau. bukan baby.
sila sedar diri. kucing kau tu gemok!
ok sekian terimakasih.
aku nak tido sambil dengar lagu phoenix.

p/s: goodnight tushee.

yang comel dan seksi,
lil kim.

entry tushee (tushee??) : macam harn tapi bukan

tadi aku di wedding. dari jauh nampak macam harn si bukan ratu cantik. rupa rupanya si saifuddin. dalam hatiku. takkan la harn botak.

entri lil kim : petang semalam

petang semalam aku dan kawan-kawan aku jumpa coli dan spender harn di padang belakang rumah makcik aku.

aku dah tau size coli dia sekarang.
spender dia besar khemah kahwin sedara aku dekat shah alam hari tu.
true story.

entri ketiga

tushee baru je balik. ada kenduri kahwin katanya. aku pun ckp bye tushee. tushee ckp balik, bye barn. aku tak berapa faham, tapi mungkin itulah spesis tushee. mereka selalu ada salah silap dari segi percakapan. contohnya, tushee ckp okay, odeh.

gemuk yang disengajakan

aku dilahirkan kurus dan budak yang sangat bencikan nasik. sekarang aku dah 25 tahun, separa gemuk, bukan seorang yang pemalu, tak pandai rap (bila aku rap, bunyinya lebih kepada membebel) tapi aku suka suara t-pain dalam lagu im sprung (senang untuk ditiru), dan nasik membuatkan aku rasa disayangi. oh aku nak bgtahu tiga perkara yang major;
1) blog ni takkan di upload dengan gambar gambar yang banyak. bukan sebab aku ni pemalu, tapi gambar aku banyak makan ruang.
2) aku sangat syok sendiri sekarang.
3) oh perkara yang aku paling suka bincangkan sekarang ialah megan fox dan benda yang paling aku benci ialah semua yang berkaitan dengan tangga, iaitu anak tangga, jiran tetangga, dan rumah tangga.

entri pertama

Ini ialah entri pertama aku, dan aku takkan lupakan lil kim dan tushee. Tushee ialah spesis orang orang lama. dan lil kim ialah spesis shorty.

entri tushee : hamster

hamster kuat. ada berani?

entri lil kim : lemak tepu

aku panggil dia mall. sebab dia besar macam one utama.