Thursday, November 26, 2009

kenduri kahwin

Oh ada berita baik. Aku ada kenduri kahwin untuk dihadiri tahun hadapan. Akhirnya, aku berjaya mendapat satu jemputan pada tahun 2010. Ini sesuatu yang ajaib.
Aku dan kenduri kahwin ialah satu benda yang sangat tak serasi. Kami tak berapa sesuai bersama. Terms kahwin, kenduri dan tok kadi adalah sangat ganjil buat aku.
Seronokkah aku?

Bercakap tentang kenduri kahwin, aku ada bermacam macam perasaan pelik mengenainya. Belum pernah ada satu pun kenduri kahwin yang aku betul betul rasa seronok yang betul, bukan yang lebih pada rekaan, kecuali sewaktu abang aku kahwin 6 tahun yang lepas. Itu ialah keseronokkan yang pertama, yang betul, dan aku ingat lagi bahawa aku tak perlu bersusah payah untuk sentiasa senyum.

Kenduri kenduri kahwin yang sebelum dan selepasnya adalah lebih kepada force, penggunanan tenaga yang lebih, atau lebih tepat lagi, perasaan seronok itu tak ada. Dan aku perlu diprogram untuk senyum. Senyum yang sepanjang masa.

Maklumlah kenduri kahwin, kalau aku senyum yang pilih pilih waktu atau pilih pilih orang, mahu nya aku mintak nasik tambah tak dilayan. Dahlah mintak nasik tambah merupakan soalan favourite aku. Hampir setiap kedai makan aku akan tanya soalan ini. Dah jadi macam hobi.

Berbalik pada kenduri kahwin. Bukan lah aku rasa langsung tak seronok. Adalah keseronokkannya yang tersendiri. Cuma hampir setiap ketika aku akan berasa out of place, dan tak belong. Oh ini langsung tak ada kena mengena dengan pengantin dan ibu bapa mereka. Ataupun tuan punya dewan.
Ini perasaan aku sendiri.

Aku rasa kenduri kahwin ialah pusat pengumpulan ramai orang yang tak kita kenali. Masa tulah kita akan berjumpa sedara mara yang duduk kat langkawi, sedara yang anak dia baru dapat 8A dalam spm, sedara yang anak dia kaya sebab buat multi-level marketing, dan ada jugak sedara yang sambil sambil tu nak promote one drop perfume. Tak kisahlah apa pun yang mereka buat, biasanya mereka akan berjaya keluarkan soalan yang sama tiap tiap kali.
'Hai awak bila lagi.. Dah besar panjang dah'

Ha sekarang ni aku bgtahu bila. Bila diorang dah pindah dari langkawi, anak yang dapat 8A tu dah jadi doktor, anak yang buat multi-level marketing tu dah ada menara sendiri, dan one drop perfume dah tak jual lagi kat mana mana benua kat muka bumi ni.
Mentang mentanglah aku ni dah besar.
Orang gemuk kena kahwin awal ke?

No comments:

Post a Comment