Friday, November 20, 2009

Malam kejadian

Buat tushee si orang lama, bukannye aku taknak komen kat contributors, tapi aku tersangat sibuk minggu ini dgn paper work project aku.Oh dan sudah siap.
oh bercakap tentang paperwork, aku nak cerita satu benda yang boleh tahan misteri nya.
Pada malam kejadian semasa aku sedang sibuk itu, *bonethug pulang tanpa membeli rokok. So dia cakap kat aku, nanti aku kena keluar gi beli.
Jadi semasa aku sedang membuat kerja, rokok pun habis. Aku pun lama kelamaan berasa sangat tak selesa.
Waktu menunjukan pukul 3.14 pagi. Aku betul betul rasa nak hisap rokok. Jadi aku pun bangun untuk menukar pakaian yang elok sikit (pakaian aku masa tu betul betul takda fashion sense). Semasa aku bangun, tiba tiba, aku terdengar bunyi dari luar.
Eh apa pulak tu? (tanyaku didalam hati)
Bunyi macam suara perempuan tengah merengek rengek (bukan cara merengek yang seksi) tapi merengek yang membuatkan aku rasa betul betul tak best. Tapi aku diam je. Dalam situasi yang mcm tu, biasanya aku pandai untuk buat buat tak tahu.
Tapi, aku dengar lagi. Lagi sekali. Lepas tu, lagi dua kali. Suara perempuan tu seperti dia sedang berulang alik di koridor apartment aku. Anjing pulak menyalak masa tu. Aku buat tak hirau.
Tapi sebenarnya aku betul betul takut. Sebab yang menyala hanya lampu laptop, dan lampu tidur yang diberi oleh lil kim. Bonethug pulak tidur sakan. Jarak bonethug dengan aku masa tu agak jauh. Kalau dekat, mungkin dah lama aku panjat dia. Biarlah walaupun akan di plengkik.
Aku berjaya kakukan diri sehinga pukul 5.30. Aku sedar sedar suara tuh dah takda, keadaan dah kembali nyaman tapi kerja aku masih tak bergerak gerak dari tempat yang aku tinggalkan tadi.
Tak boleh jadi ni, kata aku.
Aku kena jugak keluar mencarik rokok. Jadi aku terus tukar baju, capai kunci kereta, dan buat keputusan untuk ke kk mart. Sebenarnya ada tempat yang lebih dekat, tapi memandangkan disana ada *joy (satu satunya kawan bangladesh aku) aku pun terus drive kesana.
Mcm biasa, joy selalu happy bila nampak aku. Soalan favourite pertama dia ialah,
Ey, sudah makan ka?
Jawapan favourite aku yang berakhir dengan satu lagi pertanyaan,
You sudah ka?
Kemudian kami berdua akan sama sama tersenyum, dan tamat perbualan. Setiap kali kami bertembung, ini sahajalah perbualan kami. Note, bukan senyum in love. Senyum sbb sama sama rasa bodoh.
Aku pun beli rokok, dan drive balik. Tapi sepanjang perjalanan pergi dan balik, aku sebenarnya rasa sangat tak sedap. Aku pandang front mirror hampir sepanjang perjalanan. Takut ada penumpang bersut putih.
Alhamdulillah, perjalanan aku berakhir dengan cara yang baik. Tiada yang misteri.
Sambil aku sambung buat kerja, aku masih lagi terfikir.
Siapa perempuan tu? Apa sebenarnya yang dah jadi kat dia? Adakah dia peringatan kepada aku bahawa dateline aku ialah esoknya?

3 comments:

  1. perempuan itu ialah janda jiran akuuuuuuuuuuuuuu
    hua hua huaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. oh, yang keluar dengan kau pergi kamdar baru baru ni, duda dialah ek?

    ReplyDelete
  3. so tak tau ke sapa perempuan tu?

    ReplyDelete