Sunday, November 15, 2009

gemuk yang disengajakan

aku dilahirkan kurus dan budak yang sangat bencikan nasik. sekarang aku dah 25 tahun, separa gemuk, bukan seorang yang pemalu, tak pandai rap (bila aku rap, bunyinya lebih kepada membebel) tapi aku suka suara t-pain dalam lagu im sprung (senang untuk ditiru), dan nasik membuatkan aku rasa disayangi. oh aku nak bgtahu tiga perkara yang major;
1) blog ni takkan di upload dengan gambar gambar yang banyak. bukan sebab aku ni pemalu, tapi gambar aku banyak makan ruang.
2) aku sangat syok sendiri sekarang.
3) oh perkara yang aku paling suka bincangkan sekarang ialah megan fox dan benda yang paling aku benci ialah semua yang berkaitan dengan tangga, iaitu anak tangga, jiran tetangga, dan rumah tangga.

3 comments: